Bedung

Bedung Bayi



Fungsi Bedung

- Melenakan bayi sewaktu tidur dan mengelakkan bayi terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat.
- Membantu mendisplinkan waktu tidur bayi
- Membantu anda mendapatkan rehat badan yang secukupnya dalam tempoh berpantang tanpa mendapat gangguan daripada bayi anda.

Kelebihan Bedung

- Kain bedung ini diperbuat daripada cotton flannel yang akan memberi keselesaan
kepada bayi ketika memakainya disamping merasa kedap apabila dibalut pada tubuh bayi.
- Kelihatan lebih cantik kerana ianya didatangkan dalam pelbagai warna dan corak
- Mudah dicuci dan cepat kering.

Saiz & Jenis

Kain Bedung berukuran 1 M x 1M
Harga : RM 20


Bedung Mudah


Model bernama baby Rania Umairah bt Ahmad Mukrim berusia hampir 3 bulan dengan berat hampir 5 kg.


 Keistimewaan:

1. Lebih mudah dan ringkas. Hanya masukkan baby dalam poket dan zap sahaja.
2. Tak perlu risaukan tangan dan kaki terkeluar dari bedung lagi. 
3. Bayi merasakan seperti berada di dalam kandungan ibu sebab dibedung kemas.


4. Memberi keselesaan kepada bayi dan bayi akan tidur dengan lebih nyenyak.
5. Bayi tidak mudah terkejut.
6. Menjimatkan masa ibu-ibu ketika membedung bayi kerana tidak perlu lagi melilit bedung sekeliling badan bayi.
7. Mempunyai pelekat yang kuat dan  boleh dilaraskan mengikut pembesaran bayi.
8. Sesuai untuk newborn sehingga 3 bulan kerana saiznya yang besar dan lebar.
9. Mempunyai pelekat zap pada poket untuk memudahkan baby dimasukkan ke dalam poket.
10. Ada  piping sekeliling bedung untuk lebih menceriakan  bedung berpelekat zap.


Harga:
RM35

Harga: RM35/ HELAI
RM68 UNTUK 2 HELAI
RM100 UNTUK 3 HELAI


Colour piping sekeliling bedung: biru, hijau, kuning, oren, purple dan pink.

Size- free size 

KOD TEMPAHAN BEDUNG MUDAH



Panduan memakai "Bedung Mudah “

Bedung berpelekat yang saya buat ni telah diberikan beberapa sentuhan istimewa untuk lebih memudahkan pemakaian dan lebih praktikal. Pada poket bedung tersebut saya telah letakkan pita pelekat velcro supaya lebih mudah untuk memasukkan baby. Buka pita pelekat, masukkan baby dan lekatkan balik. Tak perlu risaukan pita pelekat terkena kulit baby kerana saya hanya meletakkan pita bersaiz kecil, cukup sekadar untuk melekatkan poket bedung tapi dari jenis yang melekat kuat.

Poketnya juga saya buat besar supaya muat untuk newborn baby sehingga baby berumur 3 bulan dan menutupi seluruh badan baby.  Tangan baby boleh dimasukkan terus ke dalam poket. Jadi, tak perlu bimbangkan tangannya menggapai2 keluar bedung.

Bedung ini adalah free size dengan panjang  yang menjangkau 34" dan lebar lebih kurang 20". Memang besar sekiranya baby kita kecil. Jangan bimbang jika bedung ni kelihatan terlalu besar. Ibu-ibu bolehlah melipat bahagian bawah bedung untuk disesuaikan dengan saiz bayi selepas memasukkan baby ke dalam poket. Juga boleh dilipat bahagian kiri bedung ketika membedung bayi kerana pelekat velcro tersebut saya 
telah letakkan di tempat yang strategik. Boleh disesuaikan untuk baby yang bersaiz kecil. Memang mudah dan ringkas. Sesuai untuk ibu2 ketika di dalam pantang. Tidak perlu melilit bedung di sekiling badan baby lagi yang kadang-kadang memang merimaskan sebab bedung yang tidak dililit kemas akan menyebabkan tangan dan kaki terkeluar.



Contoh poket yang boleh dibuka supaya mudah memasukkan baby.


Gambar sebelum dilipat sekiranya baby bersaiz kecil


Contoh saiz bedung yang telah menjadi  kecil selepas disesuaikan dengan saiz baby.

 Apa lagi yang ditunggu, inilah penyelesaian yang dicari-cari oleh ibu-ibu untuk lebih mudah membedung bayi.
Dengan "Bedung Mudah ", semua masalah akan selesai.