Set Bersalin

Set Bersalin NR



Set Bersalin NR terdiri daripada:-



1) Tablet Phyto Natal (90 Tablet)

-Berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

2) Akar Herbanika (10 Pek Uncang)

-Berfungsi bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.Caranya ialah ambil 1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.

3)Herbanika Lulur ( 100 gm )

Set Bersalin NR lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung. Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan selama 1 bulan.

4)Herbanika Barut (60gm)

Krim barut di dalam Set Bersalin NR ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin NR ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

5)Minyak Herbanika (100 ml)


-Befungsi untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.Ia juga melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

6)Uncang Cuci (10 pek uncang)

Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan. 


Set Bersalin Jamu Mak Dara


Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun yang diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan, manakala bengkung yang disediakan adalah mengikut bengkung tradisional Melayu. Set ini adalah lengkap untuk penggunaan 44 hari tempoh berpantang.


Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi:

- Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
- Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
- Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
- Pilis 1 bekas 200 gram
- Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
- Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
- Bengkung 1 helai
- Tungku Kukus Berherba 1 unit

HARGA : RM350.00

OFFER .: RM320.00http://wanitamelayu.com/forum/images/smilies/bonbon/a04.gif


Set Bersalin Leesa Formula

 RM350 OFFER:RM325

Boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan.

Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum bermula hari keempat selepas melahirkan. Tetapi ibu yang bersalin pembedahan adalah dicadangkan mengikut aturan berikut :
Body Contour Gel - Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali tempat jahitan.
Pek Tungku Herba - Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
Bengkung Correctuer - Boleh dipakai selepas 2 minggu melahirkan dan ikatan mengikut keselesaan individu.
~ Formula yang inovatif.

Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

~ Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

~ Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.


~ Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).

Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

~ Ringkas dan mudah.

Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

~ Praktikal dan tidak membazir.

Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.


ConfineMum Set A:
Terdiri daripada:
Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour Gel
SM
OFFER ISTIMEWA RM180.00 ONLY RM 215.00
SS
RM 218.00
BR
$ 114.00

ConfineMum Set B:
Terdiri daripada Set A + Bengkung Correctuer
SM
OFFER - 15% RM221.00 ONLY




Ubat Bersalin Afiat Lengkap 44 Hari





http://www.afiatmarketing.com.my/home/images/blank.gif

Ubat Bersalin Afiat mengandungi:

Pil Afiat untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga
Bedak Hangat untuk disapu seluruh badan selepas mandi
Minyak Afiat untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat
Pati Afiat untuk disapu pada bayi
Akar Kayu untuk direbus 20 hari selepas bersalin
Barut Berubat untuk membantu mengempiskan perut
Pil Jamu Sihat Afiat untuk menyegarkan kembali wajah dan badan wanita
Harga: RM89.90 (1 set)


Pakej Ammy 60 Days


Maklumat Produk


Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).

Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.


Ammy Sixty Days (1-10 hari)


Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.


Ammy Sixty Days (11-20 hari)


Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.


Ammy Sixty Days (31-40 hari)


Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. 

Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.


Ammy Sixty Days (41-50 hari)


Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.


Ammy Sixty Days (51-60 hari)


Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.


Ammy Heat


Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.


Ammy Massage (minyak urut untuk ibu)


Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.


Oil of Telon (minyak bayi)


Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja).


Tummy Tone


Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)


Body Tone


Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.
Cara pengambilan
http://www.wanita2u.com/modules/EZCMS/pictures/arrow.gifUntuk permulaan, makan 2 biji kapsul 3 kali sehari (pada waktu pagi, tengahari dan petang mengikut botol yang telah ditetapkan. (Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak, sekiranya bayi mengalami cirit-birit dan ruam, sila kurangkan dos pengambilan kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari). Sekiranya selepas 60 hari ada kapsul yang berbaki, ulangi pengambilan kapsul pada hari ke-61 bermula daripada botol yang pertama dan seterusnya. 


Ketika diurut oleh bidan, hendaklah menggumakan Ammy Massage yang dicampur dengan Ammy Heat. Selepas diurut, badan tidak perlu dibasuh kerana ia akan meresap ke dalam badan, memanaskan badan dan menghaluskan kulit seara perlahan-lahan.
Campurkan Body Tone dengan sedikit air kemudian sapukan keseluruh badan. Ia mampu menyegar, memanas dan mancantikkan kulit serta mengelakkan badan dari dimasuki angin.
Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air, cuka atau perahan limau nipis, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering kemudian barulah memakai bengkung. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama pada bahagian perut dan paha ketika mengandung. Manakala wanita yang bersalin melalui pembedahan, jarak sapuan pada perut sebanyak dua hingga tiga inci.

* Selepas memakai bengkung, sapu Ammy Heat dari buku lali ke bawah (hingga hujung kaki) sebelum memakai stoking bagi melanarkan peredaran darah keseluruh badan.

* Bagi wanita yang bersalin secara normal digalakkan bertungku, berbengkung, mandi wap herba dan sebaik-baiknya mengamalkan mandi herba selama seminggu selepas bersalin. Manakala wanita yang bersalin secara pembedahan elakkan dari pada bertungku dan berbengkung.
*Harga pos parcel rm5 untuk semenanjung dan rm10 untuk sabah/sarawak.(ambil masa dalam 4-7 hari waktu bekerja)
* Harga pos laju untuk semenanjung rm20. Pos laju ke sabah/sarawak rm40(ambil masa 1-2 hari bekerja)
Harga: RM386.00 

Set Bersalin Jamu Selapan 44 Hari


Harga - RM88
HARGA KEDAI BESTARI - RM79.00

SET BERSALIN JAMU SELAPAN LENGKAP

HARGA : RM128.00
HARGA KEDAI BESTARI - RM120.00
Jamu Selapan Mustika Ratu"Rawatan 40 hari selepas Bersalin"
Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin. 

Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.

Pemakaian Jamu Selapan

1. Tapel Raket Mustika Sejati
Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.

2.
Berbengkung
Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.

3.
Pilis Wangi
Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal diatas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.

4.
Bancar Air Susu
Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.

5.
Parem Segar Sumyah
Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.

6.
Jamu Galian Parem Wangi
Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.

7.
Jamu Pulih Balung Sumsum
5biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.


Rawatan Tradisional Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu

Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh titiskan minyak telon kedalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.
Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masaalah senak perut, sebaiknya urut di celah piggul bayi agar dia kembali selasa.

Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash

Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Akar kayu ini dapat membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot Vagina dan merawat masalah keputihan.

Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan.


Set Bersalin Atika Beauty



Harga Pasaran : RM 300.00
Harga KB : RM280.00
POS LAJU PERCUMA

Set Bersalin Ini Mengandungi :

a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

Jamu Bersalin 1

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.


Jamu Bersalin 2

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.


Teh Herba Tampang

Sebagai minuman selepas bersalin.

Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 

selepas bersalin sehingga hari ke 8.


Minyak Herba

Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.


Minyak Bayi

Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.


Rempah Pembersih Wanita


Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.

Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.

Param

Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.

Tapal

Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.


Pilis

Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.